Pengumuman & Berita
 
  Pengumuman & Berita > Pengumuman Terkini > Cukai Barangan & Perkhidmatan / Goods & Services Tax (GST)
 

IMPLEMENTASI CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN / GOODS & SERVICES TAX (GST)

Untuk makluman semua anggota,

Semasa pengumunan Bajet 2014, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk melaksanakan penggunaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP) / Goods & Services Tax (GST) bagi menggantikan Cukai Jualan & Perkhidmatan. Pelaksanaan cukai ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 dengan kadar 6% seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad merupakan sebuah koperasi yang menawarkan produk dan perkhidmatan kepada anggotanya dan telah diwajibkan untuk mengenakan GST. Oleh itu, Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad akan melaksanakan GST terhadap produk dan perkhidmatan yang berkaitan (yang mana perlu) seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Untuk tujuan ini, pihak Koperkasa telah membuat beberapa perubahan terhadap sistem yang digunapakai supaya mematuhi keperluan pelaksanaan GST yang telah ditetapkan. Oleh itu, beberapa perkara perlu dilaksanakan semasa proses peralihan sistem nanti.

Buat masa ini, Koperkasa akan menghentikan proses pengeluaran simpanan sama ada secara tunai atau melalui cek dan pembiayaan mulai tarikh seperti yang dinyatakan di bawah:

          1) Ibu Pejabat Koperkasa     - KHAMIS, 26 MAC 2015
          2) Pejabat Cawangan;          - RABU, 25 MAC 2015

Pemberhentian operasi ini adalah bersifat sementara untuk memastikan peralihan sistem berjalan dengan lancar dan akan disambung semula ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Pihak Pengurusan akan sentiasa memberi makluman dari semasa ke semasa berkaitan perkara ini untuk pengetahuan anggota semua.

Segala kesulitan yang timbul disebabkan perkara ini amat dikesali.

Harap maklum dan terima kasih.

Pihak Pengurusan